NVDA bantu golongan buta baca ‘desktop’

NVDA Sarawak Workshop Borneo Press Bahasa Malaysia Version

Project Description

Kuching: Golongan cacat penglihatan berhak mendapat pendidikan, maklumat dan pekerjaan melalui kepesatan teknologi ICT yang dinikmati individu normal.

Pengawai Eksekutif Yayasan Orang Buta Malaysia (Malaysian Foundation For The Blind, MFB), Silatul Rahim Dahman menyatakan demikian sambil menambah kecacatan golongan buta akan menjadi dua kali ganda sekiranya golongan itu disish daripada menikmati kepesatan teknologi ICT.

“Selama tiga hari setengah ini, para peserta didedahkan dengan perisian NVDA iaitu aplikasi yang membantu orang buta untuk membaca ‘desktop’ dalam format audio.

“Perisian itu telah dibangunkan olen dua orang cacat penglihatan warga Australia dan boleh dimuat turun secara percuma ke desktop anda.

“Adalah sunggun tidak adil bagi orang buta membeli pembaca skrin komersil dengan membelanjakan RM3,000 ke RM4,000, itu belum lagi ditambah dengan harga komputer,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Peserta Kursus Komputer Golongan Cacat Penglihatan di SSB di sini semalam.

Beliau bersama Pengarah Korporat Komunikasi MFB, Hakimi Hassan menjadi fasilitator mengajar seramai 12 peserta berumur lingkungan 17 sehingga 65 tahun dari seluruh negeri.

Kursus ini diadakan selama empat hari untuk menggunakan perisian tersebut yang juga memuatkan Microsoft Office dan Windows 7.

Tambahnya semalam, teknologi amatlah penting kepada orang cacat penglihatan bagi membantu dalam manaik taraf kehidupan mereka ke tahap yang maksimum seperti individu normal.

MFB juga mempromosi, melatih dan mengedarkan pengetahuan teknologi ICT kepada pengguna buta di dalam negara hingga ke negara jiran.

Beliau menegaskan maklumat, gaya hidup dan pendidikan sejagat dan setiap orang berhak menikmatinya bersama.

“Mengikut sumber bancian yang dipercayai, terdapat seramai 300 juta orang cacat penglihatan di seluruh dunia dan 45 peratus daripadanya terdapat di negara-negara membangun seperti Malaysia.

“Bayangkan dengan teknologi golongan kami juga berupaya untuk menyumbang sekurang-kurangnya USD 1 kepada ekonomi dunia bukankah ia lebih baik daripada tidak menyumbang langsung tetapi menjadi beban negara,” tegasnya.

Turut hadir semalam adalah Pengerusi Persatuan Orang Buta Sarawak (SSB) Ying Ten Ping.

Perisian dalam format audio dapat dimuat turun secara percuma ke desktop pengguna. Sila muat turun untuk cuba NVDA.