Single Blog Title

This is a single blog caption

Komik Dekati Golongan OKU

3 Disember 2015, Kuala Lumpur – Majalah khas berbentuk komik mengenai Orang Kelainan Upaya (OKU) telah diterbitkan untuk menyampaikan pendedahan kepada masyarakat umum mendekati golongan OKU.

Fokus utama komik ini adalah cara yang betul untuk membantu mereka yang menghadapi masalah penglihatan seperti melintas jalan raya dan menghidangkan makanan dalam pinggan.

Isi komik yang menarik ini banyak mengajar masyarakat tentang cara mendekati golongan OKU. Komik ini dilancarkan sempena ‘International Day of Persons with Disabilities 2015’ oleh Yayasan Orang Buta Malaysia dengan sokongan Yayasan Salam Malaysia.

Sebanyak 1000 komik akan diedarkan secara percuma kepada orang ramai bermula 5 Disember 2015 ini, di mana stesyen pertama pengedaran adalah di Pudu Sentral Kuala Lumpur.

Yayasan Orang Buta Malaysia berharap pendekatan tersebut dapat menarik minat pembaca menerapkan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

Dana penerbitan edisi kedua amat dialu-alukan. Untuk mendapatkan komik salinan asal atau sebarang pertanyaan sila menghubungi En. Silatul Rahim Dahman pada 013-488-2484, atau melayani lama web kita.

 

Comic Page 1

Comic page 2

Comic Page 3 Comic Page 4 Comic Page 5 Comic Page 6 Comic Page 7 Comic Page 8 Comic Page 9 Comic Page 10 Comic Page 11 Comic Page 12

Leave a Reply